Friday, September 14, 2018

Tempahan Custom Planner 2019 - Malaysia

Selamat Petang.

Tak lama sahaja lagi tahun 2018 akan melabuhkan tirai. Masa berlalu dengan pantas dan 2019 akan menjenggah di balik tirai (hahaha, nak gelak ayat sendiri). Okay la, tak berapa reti nak bermadah pujangga :)

Tempahan planner 2019 telah dibuka!

tempahan diari 2019
Planner 2019

-------------------------------------------------
MARKETING 365 HARI
-------------------------------------------------
Ambil peluang ingatkan pelanggan anda 365 hari tanpa henti. Bayangkan planner anda diguna sepanjang tahun, letak pulak tepi komputer, atas meja kerja. Berjam-jam lamanya dia nampak logo, jenama & produk anda setiap hari. Ni, kebetulan ada planner prudential tepi meja. Asyik terpandang prudential sahaja. 

-------------------------------------------------
CUSTOM DESIGN COVER
-------------------------------------------------
Untuk planner 2019, kami akan designkan cover planner mengikut citarasa & kehendak anda. Nak guna citarasa kami pun boleh :)  Design cover adalah percuma! Ada dua jenis cover, soft cover & hard cover. Manakala untuk content, ada 16 helai diari planner & 64 helai ruangan untuk menulis.

SENARAI CONTENT:
Personal detail
Reference calendar
Yearly planner
Monthly planner
Telephone & Address
Important date to remember
writing page

Tempahan planner 2019
-------------------------------------------------
TEMPAH AWAL, ELAK KELEWATAN
-------------------------------------------------

Tempahan custom planner 2019 baru sahaja dibuka. Awal? lagi lebih kurang 3 bulan sahaja lagi nak masuk tahun baru 2019. Kita sedia tahu, kalau perkara yang berkaitan tahun baru, kena disediakan awal. Barang mesti sudah sedia sebelum masuk tahun baru. Bila barang sudah sedia, baru senang nak edarkan dan diguna betul-betul bila masuk tahun baru.

Ada diskaun 10% untuk tempahan awal!

Tempahan planner 2019

-------------------------------------------------
FREE DELIVERY - SEMENANJUNG
-------------------------------------------------

Penghantaran adalah percuma untuk lokasi di semenanjung malaysia sahaja. Untuk warga Brunei & Singapura, hanya self collect disediakan, lokasi adalah di Limbang & Johor Bahru.

-------------------------------------------------
JOM TEMPAH SEKARANG!
-------------------------------------------------
Dapatkan planner 2019 sekarang untuk menikmati 10% diskaun. Isi borang tempahan di laman web berikut :

Atau hubungi (whatsapp) kami di nombor : 013-2964760 .Tempah awal untuk elak kelewatan dan kesesakan tempahan. Terima Kasih :)

Thursday, July 12, 2018

Spek Mata Baru

hehe.

Baru ni aku beli spek mata baru. Dak Awe asyik komplain spek mata aku tak nampak mata. hahaha. Etika pemakaian spek mata. Tak habis habis dia ulang. kuikuikui. Puas juga menelek nak beli yang mana satu. Orang kedai pun agaknya dah tau muka ni muka nak survey je.

Tapi akhirnya bukan beli kat kedai pon, beli online. Alamak, tergeliat bahu. Sampai je spek mata kat rumah, terus selfie send kat group family minta dipuji, haha. Tak habis kat situ ya, send pulak dekat dak awe. Haha. Puas hati aku.

Harus minta confirmation dan pujian. haha


Ni spek mata lama. Rasa okay je. Nampak je mata kan cuma yela terlindung sikit dengan bingkai. Ni semua gambar selfie baru-baru ni. Dalam tepon penuh gambar selfie je, cuci nya idok.. bebel mak esah. bawah ni spek baru.


Ni spek mata baru. hahaha kiah kata macam orang tua! Dia tak suka. Haha kong ajoo. nampak la bijik mata aku. Spek mata ni ringan dia lain macam, kalau ada tertepis muka aku yang comel ni gamaknya melayang la spek mata tu. Nak lap spek mata pun kena lembut-lembut. Tiba-tiba jadi wanita sejati. 

Aku bagitau kiah, ni gaya terkini. Hahaha.. puas aku puji diri sendiri.. tetap jugak dengan komen mak nenek dia tu. Plus katanya nanti laki aku lari. hohohoho tah pape.  takde laki nak lari camno.

Aku spam wasap dia. padan muka.

Upgrade kecomelan guna apps tiktok. hahaha..Gila runcing muka dibuatnya. jumpa depan-depan nak muntah. hohoho. Baru delete apps ni. Ni kes anak buah la ni.. Haritu datang rumah, takde benda nak buat, Suruh download apps tiktok, best kata dia. boleh buat macam-macam.. 

"antie buat la antie, dia boleh nari-nari semua, nanti semua orang kenal antie"
banyak la kauuuu

Download jugak la, kasi depa main tapi takleh post ya. Pastu asyik dok main je, aku reinstall. hahahahaha. 

Anak buah memang tukang mengupdate trend & lagu-lagu terkini. Aku selalunya tak ambik kisah sangat.

------------------------
 
Baru ni aku terserempak dengan crush cinta monyet aku zaman sekolah dulu. Hahaha.. lawak kot rasa. Biasa la kalau benda lawak2 ni memang nak mengadu domba kat kiah.


Dia cakap aku baru nak bercinta. Bercinta apanya.. terserempak je kot. 

------------------------

Sebenarnya aku takde modal nak menulis. hahaha. Gambar raya pun aku malas nak update. Inikan pulak berpuluh gambar dalam tepon. Tadi kiah mesej, aku jawap aku mengantok letih baru balik berenang. Rasa nak tidor je dalam kereta malas masuk rumah. Bila dah masuk rumah, lain pulak halnya.



Fairuz Jaafar,
Yang tadinya mengantuk tapi dok layan blog sampai kol 2 pagi.
Kalau ada rasa bersalah dalam hati, berdoa & doakan. Tak perlu ambik tahu.
Sebab ianya tak mengubah apa-apa.  termasuk rasa bersalah dalam hati tu.
kita menuai apa yang kita tanam. itu sudah nyata.

Thursday, June 28, 2018

Aku rasa aku nampak hantu

Sekarang baru 6.37 petang tapi aku rasa
macam aku nampak hantu sekejap tadi.
Muka dia sebijik macam 17 tahun lepas.
Apani?? Apanii? Apaniiii????
.
Aku tak dapat bayangkan kalau betul tu
dia. Aku ingatkan kalau aku jumpa dia
balik, aku tak kenal dia. Tapi muka dia
sebijik macam 1st time aku jumpa dia
dulu.
.
Apani??
.
First lalu, sekilas pandang nampak macam
dia. Dua kali lalu, aku rasa tu memang dia
atau mungkin adik dia. Sebab nampak
muda. Ahh..
.
Dia tau ke rumah aku dekat sini? Entah2
dia yang berhenti depan rumah time aku
buang sampah waktu malam.
.
Serius, satu malam tu masa betulkan
meter air luar rumah (bukan buang sampah)
Satu kereta bercermin gelap berhenti,
macam perati aku. Aku pun tenung la balik
Kereta tu. Pastu dia jalan. Berhenti betul
Depan aku.
.
Sorry bebel sorang diri.
.
Tapi aku tak nampak pun kereta cermin
gelap tadi. Yang aku nampak dia, dan aku
rasa dia pun nampak dan pandang aku.
.
Seriusssssslaaaaa!!!
.

Ditulis oleh: Pius
Yang baru balik pasar malam
dan termenung dalam bilik tak jadi nak
makan cucuk cucuk. Pastu mengadu
kat blog.

Update guna Apps