Monday, May 13, 2019

Tempahan Sampul Raya Custom Design 2019

 (Sticky Post) SAMPUL RAYA 2019

TEMPAHAN SAMPUL RAYA CUSTOM DESIGN 2019
9 MAC - 13 MEI 2019
-------------------------------------------------
FREE DELIVERY - SEMENANJUNG
-------------------------------------------------


Ramadhan baru je nak masuk, sebulan lagi baru nak raya. Kenapa awal-awal dah keluar sampul duit raya???

Assalamualaikum semua. Seperti tahun sudah, tempahan tahun ini juga dibuka awal. Bagi mengelakkan kesesakan, kami galakkan anda membuat tempahan awal. Yang mana tahun lepas tidak dapat membuat tempahan (tempahan ditutup), tahun ni get ready awal. Jadi tiada lah kecewa dikemudian hari.


Saya rasa semua sudah sedia maklum untuk tempahan sampul raya, memang wajib di tempah awal. Sampaikan baru masuk tahun baru 2019, sudah ramai yang mesej untuk membuat tempahan. Sampai begitu sekali risau sampul raya lewat ditempah. Terutamanya untuk kegunaan syarikat, lagilah staff risau dan perlu prepare awal.


Tahun ni Sityprint sudah sediakan galeri bagi memudahkan anda menelek dan memilih design readymade. Lebih 100 design readymade untuk anda pilih.


Sama seperti tahun lepas, tiada tempahan last minit akan diterima. Bukan tak boleh ambil tempahan.. boleh ambik tapi lepas raya la baru dapat sampulnya. Jadi untuk elakkan kelewatan, kita galakkan tempahan awal. 



Tempahan Sampul Raya Custom Design 2019


Design readymade dengan tambahan maklumat syarikat, logo, gambar tanpa cas tambahan.


Maklumat sampul raya







Sampul Raya Custom Design

Bagi mengelakkan kesesakan, kami galakkan anda membuat tempahan awal. Yang mana tahun lepas tidak dapat membuat tempahan (tempahan ditutup), tahun ni get ready awal.Jadi tiada lah kecewa dikemudian hari.
Kebaikan tempah awal:
✔Boleh custom design. Jika lewat, kena guna readymade sahaja.
✔Tiada kelewatan dan tidak tergesa-gesa untuk edarkan sampul pada pelanggan atau kakitangan anda.
✔Mengelak kekecewaan jika tempahan terpaksa ditutup lebih awal.
Dapatkan sampul anda harini. Hubungi/whatsapp kami untuk tempahan.
📲 Sityprint - 013-296 4760
📲 Sityprint - 013-296 4760
📲 Sityprint - 013-296 4760

-------------------------------------------------
JOM TEMPAH SAMPUL RAYA SEKARANG!
-------------------------------------------------
Tempahan cetakan sampul duit raya dibuka dari 9 Mac - 13 Mei 2019 sahaja

VISIT GALLERY 2019 :
Sityprint

Tuesday, February 19, 2019

Bukit Merah Laketown Resort, Perak

Bukit Merah Laketown Resort

Hi,

Dah lama rasa tak menulis panjang lebar. Baru ni jumaat (14/12/2018), sabtu dan ahad sempat ke Perak. So, dah target nak ambil gambar banyak-banyak untuk update blog. Walaupun destinasi utamanya cuma ke Bukit Merah Waterpark. Rindu nak menulis.

Mak dapat cabutan bertuah 3 hari 2 malam, homestay dalam kawasan Bukit Merah. So, dia mengajak la reramai meriahkan suasana. Ikutkan pius taknak pun pergi. yela kita belum ada nak, macam tak berapa nak seronok. Kita nak melayan siapa.. hahaha. Kakak-kakak yang dah ada anak, ada tentatif sendiri, so tak dapat ikut. Dak ani berpantang, kak long mengandung, aju ada family day. Last sekali ema dapat join. So, adalah 2 anak buah untuk dilayan.huhuhu.

Bertolak hari Jumaat pagi, sampai tengahari. Sebelum tu dah google dulu tempat-tempat yang nak dilawat tapi tak berapa nak banyak sangat.

sumber google : Homestay

sumber google (contoh rupa dalam homestay)
Ni homestay yang kitaorang stay haritu. Bangunan luar memang nampak buruk, tak cantik tapi alhamdulillah dalamnya serba bersih dan cantik. Kawasan dia macam mati sikit la. Orang banyak berkumpul dekat area hotel berdekatan waterpark. Pakcik yang serahkan kunci rumah maklumkan, dulu memang meriah. Rumah tak sempat nak bersih, orang dah beratur nak masuk. Sekarang tak berapa sangat. Baru-baru ni je ramai orang sebab waterpark dah bina permainan baru.

pemandangan dari beranda

Taman Tasik Taiping & Night Safari 




First day jalan-jalan Taman Tasik Taiping, kejap je lepastu pergi night safari. Serius memang sangat cantik taman ni! Kalau taman kepong pun aku dah suka, inikan pulak Taman Tasik Taiping! Memang cantik ler, tapi jalan sekejap je.

 Muka pius selfie je banyak

Semua orang merayap masa kat taman ni, sorang kat sana, sorang kat sini. Yang pasti semua dok selfie. haha. Masa ni dah malas shawl shawl bagai, masa kat homestay terus tukar tudung sarung. ahak, puas hati aku. Hujan renyai~

Lepas tu pergi Night Safari. 1st time masuk zoo waktu malam, ibarat macam animal hunter. Kalau ada haiwan, nasib la. Kalau takde ko tengok jela daun daun kat situ. Tapi haritu pergi, banyak je haiwan yang keluar.  Paling best tengok singa & zirafah. hahaha macam tak pernah tengok singa jerk. Malam Singa aktif juga.

nampak apa-apa tak?
masa nak naik train

Gelap juga zoo waktu malam (dah nama pun malam kan), walaupun naik train tetap juga rasa takut. Takut nak letak tangan dekat pemegang kerusi, pikiran aku memacam pikir. takut ada benda pegang la. itu la ini la. tah paper takutnya tu.

Bukit Merah Waterpark
2nd day - dalam pukul 10 macam tu kitaorang keluar dari homestay. Naik kereta dalam 3 minit je dah sampai cuma ambil masa lebih semasa pembelian tiket. adalah dalam pukul 11 baru dapat masuk theme park.

Pius main juga slide dia walaupun takut. Satu pakai pelampong naik dengan dak ema, satu lagi just slide je. Dua dua menakutkan, Boleh dengar suara kita orang menjerit (kita je kot jerit bagai nak rak). Tobat nak naik dah! Selebihnya mandi mandi main main air, ambik gambar. Anak buah sibuk mandi, kita orang sibuk bergambar.

Pius bawa topi ni pergi mandi, habis rosak. hahahaha. kena beli topi baru. Topi kesayangan. sorry topi. Takpe lah, nanti beli baru......


Kuala Sepetang & Mee Udang Mak Jah
Kedai ni wajib korang pergi kalau ke Kuala Sepetang. Memang sangat sedap walaupun korang bukan lah penggemar mee udang. huhu. (Dah malas nak menaip, huhu)



Wehhhh dah lupa kejadian haritu, tulis pastu draft. Pastu lupa. hahaha.So, sampai sini jela.


Lama sangat draft sampai dah lupa. Sorry.

Monday, January 28, 2019

Stress

Lately aku stress banyak benda,
Kalau dulu bukan masalah sekarang aku
terlebih beri perhatian sampai rasa stress
bimbang atau stress, gitu la.

What's passed... Is past.

Aku ni kadang menyesal bila dah buat
sesuatu keputusan. (Lately la) aku rasa
dulu aku takde la macm ni. Sekarang ni
terasa setiap keputusan yang aku buat,
ada terasa beban, berat.

Aku rasa macam nak duduk satu area
yang damai, padang rumput luas, tepi
rumah ada sungai/tasik.

Macam tu la perasaan aku sekarang ni.
tapi sejauh mana pun kita pergi, sedamai
mana pun tempat kita tuju, kalau hati,
pikiran, perasaan, kebimbangan,
semuanya masih sama... Apalah guna.

Nak lari tang mana, kalau lari pun masih
'membawa diri' , kot mana pergi pun
kebimbangan dan segala macam masih
ikut sama.

Kena hadapi, baru semuanya lega kan.
Barulah grow, barulah happy. Kannnnn
usaha la.

------------

Harini client puji, design cantik. Tak
pernah mengecewakan. Tapi pujian client
buat aku terpikir... Ni betul cantik ke perli?
Sebabnya aku 'kering' masa nak buat
design ni.

Design simple la yang paling susah sekali
aku rasa. Walaupun nampak simple, tapi
aku develop sampai banyak. Last aku
pening, aku hantar mana yang terbaik,
yang ada. Walaupun rasa tak puas hati.

Citarasa manusia kan lain-lain, sama ada
aku terlampau letak harapan tinggi atau
client sebenarnya tak kisah pun.

Last sekali, client pilih design yang aku
tak buat dengan penuh harapan. Huhu

Kan, citarasa manusia berbeza. Nak buat
macam.mana.

pius
#mobileupdate